Tidak perlu pembelian panik, FAMA sedia 30% potongan harga

Tidak perlu pembelian panik, FAMA sedia 30% potongan harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat kini mempunyai pilihan untuk mendapatkan barangan keperluan dengan lebih jimat menerusi Jualan Agro MADANI (JAM), yang menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus bermula bulan ini.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memperkasakan Jualan Agro Madani (JAM) menerusi penggunaan tagline baharu ‘Jimat Dapur Rakyat’ dengan sasaran 2,399 sesi jualan sehingga September 2026.

FAMA dalam kenyataan berkata, inisiatif berkenaan akan dilaksanakan secara berterusan
premis-premis seliaan FAMA termasuk Agrobazaar FAMA, Pusat Operasi FAMA dan lokasi strategik lain.

“Pelaksanaan pelan ini akan dijalankan secara berfasa bagi memastikan keberkesanannya. fasa pertama akan bermula pada April hingga Mei dengan melibatkan 872 sesi.

“Manakala bagi fasa kedua, bermula Jun hingga September dengan jumlah sesi akan dipertingkatkan kepada 1,527 sesi jualan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan FAMA, kumpulan sasaran juga bakal menikmati potongan harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran tempatan melalui Jualan Kombo Madani.

Inisiatif berkenaan juga bertindak sebagai mekanisme perlindungan kepada pengguna dalam mendepani tekanan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

“Ia selari dengan hasrat kerajaan Madani dalam memastikan kestabilan rantaian bekalan makanan serta menjamin akses rakyat kepada barangan asas pada harga rendah di seluruh negara.

“FAMA kekal komited memainkan peranan sebagai pemudah cara melalui kerjasama erat dengan pihak pengeluar, pemborong dan peruncit,” katanya.

Tambahnya, langkah proaktif itu juga adalah sebahagian daripada aspirasi kerajaan untuk membina sistem makanan negara yang lebih berdaya tahan dan mampan dalam menghadapi sebarang kemungkinan krisis global pada masa hadapan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN