KOTA BHARU: Hukuman denda tinggi disifatkan sudah mencukupi berbanding penjara dalam mendidik pemandu Malaysia yang melakukan kesalahan trafik di Thailand ketika berkunjung ke negara itu. Ketua Kelab Pemotoran Kelantan (Kelantan Bikers) Mohd. Amin Mohd. Nawawi berkata, kebanyakan rakyat Malaysia yang berkunjung ke Thailand semata-mata untuk bercuti selain menikmati makanan enak di negara berkenaan. “Bagi saya tidak perlu sampai kenakan hukuman penjara untuk kesalahan trafik seperti memandu melebihi had laju, tidak…










