GUA MUSANG: Tiada unsur pencemaran dikesan di Sungai Ketil dekat Taman Rimba, di sini selepas kejadian ratusan ikan ditemukan mati pada Jumaat lalu. Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan, Mohamad Zamzani Ibrahim berkata, anggota JAS turun ke lokasi pada hari kejadian dan siasatan dijalankan sejurus selepas menerima aduan. Katanya, pemeriksaan di lokasi mendapati air sungai kembali jernih dan tiada bangkai ikan ditemukan ketika siasatan dijalankan. “Hasil ujian awal secara…










