Tiada perubahan ketara aliran trafik hari pertama BDR

Tiada perubahan ketara aliran trafik hari pertama BDR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada perubahan ketara terhadap aliran trafik terutama di laluan-laluan utama di Lembah Klang pada hari pertama pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi sektor perkhidmatan awam.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik perlahan seawal pukul 7 pagi berikutan pertambahan kenderaan, namun keadaan keseluruhannya terkawal dan tidak menunjukkan perubahan ketara berbanding hari bekerja biasa.

Katanya, antara laluan dilaporkan perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) adalah di Hospital Sungai Buloh ke Bukit Lanjan, Putra Mahkota ke Kajang dan Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar.

“Aliran trafik turut dilaporkan perlahan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari persimpangan Damansara ke Damansara Utama, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari Bukit Rimau ke Persiaran Kewajipan serta SUKOM ke Awan Kecil, Awan Besar ke Kinrara, Sunway ke Persiaran Kewajipan dan Bandar Botanik ke Pandamaran.

“Trafik perlahan turut dikesan di Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dari Putrajaya ke Putra Heights, USJ ke Shah Alam serta Putra Heights ke Bandar Saujana Putra dan Plaza Tol Putrajaya-Cyberjaya manakala di Lebuhraya Grand Saga, Bandar Tun Hussein Onn ke pusat bandar raya,” katanya.

LLM memaklumkan, keadaan sama dilaporkan di Lebuhraya Sungai Besi melibatkan Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Tol Mines Utara, Sungai Besi ke persimpangan Kuchai dan Salak Jaya ke pusat bandar raya serta Tol Loke Yew ke Jalan Istana.

Ujarnya, di Lebuhraya Pantai Baru (NPE), aliran perlahan dilaporkan berlaku dari Pantai Dalam ke Angkasapuri serta Kuchai Lama ke Pantai Dalam dan Sunway Pyramid ke Persiaran Kewajipan, selain di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), dari Puchong Utama ke Jambatan Kabel dan Jalan Majlis ke Taman Megah serta Sungai Penchala ke SS2.

Katanya, di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), trafik perlahan dari Jelatek ke Plaza Tol Datuk Keramat manakala di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dari Kota Kemuning ke Sri Muda dan Alam Impian ke Pusat Bandar Shah Alam.

“Aliran trafik turut perlahan di Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) arah barat dari Cheras Selatan ke Taming Jaya, Balakong ke susur The Mines, Bukit Kajang ke Kajang Utama dan Sungai Ramal ke Universiti Tenaga Nasional (Uniten), selain di Lebuhraya Maju (MEX) dari Sri Kembangan ke Kuchai Lama serta Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dari Kajang Selatan ke Kajang Perdana.

“Di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), aliran trafik perlahan dari Kayu Ara ke Damansara Utama, Penchala ke TTDI dan Jalan Duta ke Sri Hartamas manakala di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dari Kota Damansara ke Penchala,” katanya.

Tambahnya, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) mencatatkan aliran perlahan arah selatan dari Greenwood ke Sentul Pasar serta Segambut ke Bamboo Hills, sementara di Lebuhraya Guthrie Corridor Expressway (GCE) dari Bukit Jelutong ke Jalan Subang. – UTUSAN

HABIS///

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN