KUALA TERENGGANU: UMNO Negeri Terengganu menafikan memboikot Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah, sebaliknya menegaskan ketiadaan mereka di program itu kerana tidak pernah menerima jemputan daripada Perikatan Nasional (PN). Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, penjelasan itu dibuat susulan kenyataan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang memaklumkan semua parti politik telah dijemput menghadiri program berkenaan. “UMNO Terengganu menegaskan kami tidak menerima sebarang…










