SEPANG: Hanya kerana terlepas penerbangan, seorang lelaki warga asing bertindak agresif dengan merosakkan harta awam termasuk mencederakan anggota keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini, 5 April lalu. Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu sebelum bertindak menahan suspek pada hari sama kira-kira pukul 10.30 pagi di Kaunter Pertukaran Antarabangsa KLIA2. Beliau berkata, siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan…










