PETALING JAYA: Tepuk Tepung Pâtisserie, konsep kafe artisan oleh usahawan kulinari Malaysia, Chef Selebriti Puan Sri Nisa Bakri secara rasmi membuka operasinya di Hartamas Shopping Centre, di sini. Pengasasnya, Puan Sri Nisa Bakri berkata, bertunjangkan falsafah ‘ rasa air tangan’, Tepuk Tepung mengambil inspirasi daripada amalan tradisi masyarakat terdahulu yang mengutamakan sentuhan, naluri dan kasih sayang dalam penyediaan makanan. “Konsep tersebut bertujuan menyampaikan pengalaman rasa yang dekat dengan suasana dapur…










