JOHOR BAHRU: Tambang bagi perkhidmatan Rapid Transit System Link (RTS Link) yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodland, Singapura dibincang antara kedua-negara bermula suku ketiga, tahun ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tambang pengangkutan tersebut perlu memastikan syarikat operasi iaitu RTS Operation (RTSO) Ptd. Ltd., dapat menampung kos operasi. Menurut beliau, RTSO merupakan sebuah syarikat kerjasama antara Malaysia dan Singapura, sekaligus sebarang keputusan berkaitan tambang perlu dipersetujui kedua-dua pihak.…










