KANGAR: Tambang feri ke Pulau Langkawi naik sebanyak RM10 ke atas penumpang tanpa MyKad yang berkuatkuasa pada 1 April lalu. Pengurus Besar Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Dr. Baharin Baharom berkata, pelarasan tersebut merupakan langkah operasi yang perlu dilaksanakan susulan peningkatan kos industri yang tidak mampu lagi ditanggung oleh pihak pengendali. Beliau berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri feri berdepan peningkatan kos signifikan khususnya melibatkan harga bahan api…










