TELUK INTAN: Pengusaha bot penambang di Sungai Perak terpaksa menaikkan tambang daripada RM1 kepada RM1.50, susulan kenaikan harga diesel yang memberi kesan kepada kos operasi harian perkhidmatan penumpang. Pengusaha, Muhamad Syafiq berkata, kenaikan sebanyak 50 sen itu bagi perkhidmatan membawa penumpang dari Sungai Jejawi, Sungai Kerang dan Seberang Perak. Katanya, dia berasa serba salah untuk menaikkan kadar tambang kerana orang ramai di kawasan terlibat memerlukan perkhidmatan itu setiap hari. “Setiap…










