PETALING JAYA: Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dilanjutkan sehingga penghujung tahun depan susulan impak konflik di Asia Barat yang menjejaskan kedatangan pelancong ke negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dicapai melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Induk VM2026 Kali Ke-2 yang berlangsung hari ini dan akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan serta persetujuan selanjutnya. Menurut beliau, keputusan itu diambil bagi membolehkan…










