PETALING JAYA: Gagasan ‘Rumah Bangsa’ tidak boleh bersifat eksklusif untuk mana-mana parti, sebaliknya perlu merangkumi keseluruhan kepimpinan Melayu termasuk kerajaan sekarang. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal berkata, hanya dengan cara itu ia betul-betul akan dapat menguatkan penyatuan Melayu. “Kalau betul hendak kuatkan Melayu, kena buat konvensyen atau kongres Melayu untuk kumpulkan semua pandangan. Barulah idea ini tidak gagal seperti usaha sebelum ini. “Dalam semua…










