Syarikat kesihatan tempatan fokus inovasi sains

Syarikat kesihatan tempatan fokus inovasi sains

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Syarikat pengeluar produk kesihatan tempatan, Eskayvie terus memperkukuh kedudukannya dalam industri kesihatan dengan memberi penekanan terhadap inovasi berasaskan sains bagi memperkasakan kesihatan wanita dan institusi keluarga.

Pengasasnya, Dr. Kartika Wati Mohamed berkata, pendekatan tersebut penting dalam menyokong kesihatan seisi keluarga termasuk perkembangan kanak-kanak yang banyak bergantung kepada peranan ibu dalam memastikan pemakanan seimbang.

“Wanita memainkan peranan penting sebagai tunjang keluarga, justeru kesihatan mereka perlu diberi keutamaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Usaha ini juga membuka peluang keusahawanan mampan melalui ekosistem Eskayvie Nexus,” katanya baru-baru ini.

Misi Kartika Wati bukan sekadar pengembangan pesat, tetapi pertumbuhan mampan dan menguntungkan dengan memberi nilai jangka panjang kepada jenama serta komuniti, khususnya wanita dan ibu.

Menerusi kaedah tersebut, pihaknya juga yakin segmen produk kesihatan wanita dapat diperluaskan ke pasaran utama Asia Tenggara.

Dalam usaha meningkatkan kesedaran nutrisi, Eskayvie turut menggerakkan kempen menyeluruh melibatkan golongan ibu dan wanita sebagai penggerak utama.

Selain itu, mereka menjalin kerjasama strategik dengan program Talk To My Manager (TTMM) Musim 2 yang dilihat sebagai platform efektif untuk menyampaikan mesej kepentingan sokongan harian, persekitaran positif serta peranan keluarga dalam membentuk potensi anak-anak.

Bagi menghargai pelanggan, khususnya golongan ibu, Eskayvie turut memperkenalkan kempen Imbas & Menang yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM300,000 termasuk hadiah utama sebuah Proton eMas 7.

Kempen tersebut berlangsung sepanjang 10 episod program bermula 19 April hingga 21 Jun ini, dengan pemenang dipilih setiap minggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini