Suri rumah direman bantu siasat kes simpan M16 dalam rumah

Suri rumah direman bantu siasat kes simpan M16 dalam rumah

SEORANG wanita dibawa oleh anggota polis untuk prosiding tahanan reman di Mahkamah Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang suri rumah ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan lima laras senjata api termasuk raifal jenis M16 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Miak, di sini semalam.

Perintah tahanan reman terhadap wanita berusia 32 tahun itu sehingga Sabtu ini dikeluarkan oleh Hakim Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, suspek ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan di serbuan di sebuah rumah Kampung Miak.

Katanya, tahanan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, PGA merampas lima laras senjata api termasuk jenis M-16 selepas menahan seorang wanita dalam serbuan di Kampung Miak.

Wanita itu ditahan pada pukul 6.45 petang dalam Ops Bersepadu Khazanah Siri 4/2026 membabitkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Jabatan Perhutanan negeri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×