PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji sumbangan dan dedikasi wartawan alam sekitar terkenal, Datuk Karam Singh Walia yang meninggal dunia pada awal pagi ini. Perdana Menteri berkata, Karam Singh merupakan seorang wartawan penyiaran yang amat dihormati dan beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. “Sumbangan dan dedikasi mendiang dalam dunia kewartawanan, khususnya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu alam sekitar, akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan…










