KUALA LUMPUR: Penyanyi, Suffian Suhaimi dan isteri, Rania Al Sada disahkan menyambut kelahiran anak mereka, baru-baru ini.
Kelahiran bayi perempuan tersebut Pusat Perubatan Serdang Selangor pada 24 April 2026.
Suffian meluahkan rasa syukur terhadap kelahiran anak sulung tersebut sambil berkongsi pengalaman menemani isteri di wad bersalin.
“Saya menemani isteri dan melihat bagaimana proses bersalinnya.
“Satu pengalaman baharu yang membuatkan saya lebih menhargai isteri,” katanya.
penyanyi lagu Di Matamu dalam masa sama bakal menamakan anak SR, gabungan antara namanya dan isteri.
“Kami mendapat sokongan penuh keluarga kerana kami baru menimang cahaya mata, tiada pengalaman setakat ini.
“Saya belum membuat keputusan berhubung nama anak. Tetapi yang pasti ia bermula dengan huruf SR,” kongsinya.










