Subsidi diesel nelayan C2 diperinci mesyuarat NACCOL hari ini

Subsidi diesel nelayan C2 diperinci mesyuarat NACCOL hari ini

AHMAD Zahid Hamidi berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperincikan tuntutan subsidi diesel bagi nelayan kategori C2 dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif Malis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan memberi perhatian terhadap isu dibangkitkan golongan nelayan berkenaan di samping tanggungan kerajaan untuk subsidi minyak meningkat.

“Ini satu tanggungan yang amat berat. Jadi kita harus rasional dan semua pihak harus menerima hakikat ini bukan disebabkan faktor dalam negara tetapi disebabkan oleh keadaan krisis di Asia Barat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya menekankan agar semua agensi dan pihak berkaitan untuk bersiap siaga mendepani krisis ini.

“Kita jangan merasa selesa dan jangan hanya menuding jari kepada pihak kerajaan terutamanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakikatnya ialah kerana krisis global yang harus kita sama-sama hadapi,” katanya.

Sebelum ini, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memaklumkan sedang meneliti kaedah terbaik bagi menyalurkan bantuan kepada pemilik bot nelayan laut dalam kategori Zon C2 di seluruh negara susulan kenaikan harga diesel akibat krisis di Asia Barat memandangkan mereka tidak menikmati Skim Kawalan Diesel Bersubsidi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN