PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima aduan rasmi daripada Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur) berhubung dakwaan wujudnya transaksi sejumlah wang kepada seorang bekas menteri. Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, aduan tersebut membabitkan projek mesin layan diri (vending machine). Menurutnya, aduan tersebut dibuat oleh Pengerusi Biro Politik SekPur, Shahbudin Embun bersama seorang lagi ahli, Mejar Razali Zakaria kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi…









