Semoga kali ini awak dapat jejakkan kaki di bumi Gaza - Nadzmi Adhwa titip doa buat Ardell Aryana - Utusan Malaysia

Semoga kali ini awak dapat jejakkan kaki di bumi Gaza – Nadzmi Adhwa titip doa buat Ardell Aryana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nadzmi Adhwa terus menunjukkan sokongan terhadap jihad isteri tercinta, Ardell Aryana yang sekali lagi akan berangkat ke Gaza, Palestin dalam misi misi kemanusiaan, Global Sumud Flotilla 2.0.

Menurut Nadzmi, dia berharap agar perjuangan isterinya bersama ahli pasukan yang lain untuk membantu mangsa keganasan Zionis di sana kali ini membuahkan hasil dan dipermudahkan.

“Saya, anak-anak dan keluarga kita semua tunggu awak balik ya. Semoga kali ini awak dapat jejakkan kaki di bumi Gaza.

“Luruskan niat awak. Kami sentiasa mendoakan awak. Semoga Allah reda dengan usaha awak membantu ummah dan semoga Allah permudahkan awak dan semua yang terlibat.

“Semoga berjaya isteri , teman gaduh , kawan baik and teman sejiwa,” katanya di Instagram.

Selain Ardell, penyanyi dan aktivis, Heliza Helmi serta adiknya, Hazwani Helmi turut terlibat dalam misi kemanusiaan ini.

Difahamkan, setakat ini sebanyak empat kumpulan Global Sumud Flotilla 2.0 delegasi Malaysia sudah pun berlepas untuk menjayakan misi kemanusiaan ini.

Terdahulu, kumpulan aktivis Global Sumud Flotilla 2.0 melancarkan misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza pada 12 April ini bermula dari pelabuhan Barcelona, Sepanyol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN