PETALING JAYA: Sekatan jalan raya (SJR) dan operasi khas bersepadu berskala tinggi akan dipertingkatkan bagi membanteras aktiviti pemandu mabuk di jalan raya. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, SJR di waktu berisiko tinggi seperti di tengah malam dan hujung minggu juga akan digiatkan. “Operasi sebegini bukan sahaja mampu mengesan pesalah secara langsung malah memberikan kesan pencegahan psikologi (deterrence effect) kepada pengguna…









