GEORGE TOWN: Pelancong dijangka beralih kepada destinasi alternatif seperti Asia, Eropah, China dan Australia susulan konflik di Asia Barat, sekali gus tidak menjejaskan sasaran jualan RM30 juta sempena penganjuran Matta Fair 2026 di Pulau Pinang. Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Pulau Pinang, Carolyn Leong berkata, sasaran itu menunjukkan peningkatan RM5 juta berbanding RM25 juta dicatatkan pada edisi tahun lalu, didorong permintaan stabil terhadap pakej pelancongan antarabangsa dan…










