PASIR PUTEH: Kerajaan meluluskan bantuan segera sebanyak RM500,000 bagi membaik pulih blok bangunan di Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah di Kampung Kolam, Bachok, dekat sini, yang terbakar minggu lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu disalurkan bagi memastikan kerja-kerja pemulihan prasarana sekolah dapat dilaksanakan segera sekali gus menjamin kelangsungan sesi pembelajaran pelajar. “Kerajaan berdukacita dengan insiden kebakaran yang menimpa sekolah ini sehingga mengakibatkan tiga blok…










