PETALING JAYA: Ringgit mengekalkan momentum pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) meskipun pasaran global didagangkan berhati-hati susulan gencatan senjata yang rapuh antara AS dan Iran. Pada pukul 5 petang semalam, ringgit mengukuh kepada 3.9670/3.9720 berbanding dolar AS, daripada 3.9840/3.9880 ketika ditutup pada Khamis. Mata wang tempatan telah didagangkan di bawah RM4 sejak 26 Januari lalu, namun jatuh semula melebihi paras psikologi tersebut pada 27 Mac berikutan ketidaktentuan pasaran akibat konflik…










