JOHOR BAHRU: Dakwaan mengatakan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini menjadi lubuk rasuah disifatkan sebagai tidak wajar dan boleh meruntuhkan integriti institusi pendidikan itu sendiri. Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Mohd. Shafry Mohd. Rahim berkata, ini kerana kes rasuah membabitkan IPT merupakan kes terpencil sahaja. Katanya, melabel IPT sebagai lubuk rasuah sedangkan kes yang berlaku sedikit akan memberi imej buruk kepada IPT secara keseluruhan yang telah…










