BUKIT MERTAJAM: Pulau Pinang kini sedang memperhebatkan kesiapsiagaan mereka dalam menghadapi ancaman bencana bahan berbahaya yang boleh mengancam nyawa dan berisiko melumpuhkan ekonomi negeri. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, ancaman seperti letupan dan kebocoran bahan berbahaya itu bukan sekadar gambaran di atas kertas, tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Katanya, ancaman berisiko seperti bencana Kimia, Biologi, Radiologi, Nuklear dan Letupan (CBRNE) perlu dipandang…










