Portal Harapan Daily mohon maaf, tarik balik artikel BestiNet

Portal Harapan Daily mohon maaf, tarik balik artikel BestiNet tidak pasti kesahihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Portal berita, Harapan Daily hari ini menarik balik artikel BestiNet dan meminta maaf atas penerbitan artikel tersebut yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Menurut portal tersebut, artikel yang diterbitkan oleh Syam Ghaz bertajuk “Isu BestiNet dah berlarutan sejak 2018 bukan ciptaan Kerajaan MADANI” itu adalah bersumberkan FB Syam Ghaz bertarikh 1 Februari 2026 sepenuhnya.

Harapan Daily tidak bertanggungjawab ke atas kenyataan-kenyataan yang diterbitkan dalam Artikel tersebut oleh Syam Ghaz dan kenyataan-kenyataan yang dibuat dalam artikel tersebut tidak merupakan kenyataan-kenyataan Harapan Daily.

“Harapan Daily, setelah mengetahui kewujudan tentang artikel tersebut telah menyelidik kandungan artikel tersebut berbanding dengan laporan-laporan Public Accounts Committee (PAC).

“BestiNet Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang credible dan yang telah melaksanakan sistem FWCMS serta modul-modulnya termasuk Bio-Medical dan eVisa with Reference menurut perjanjian-perjanjian yang sah dan mengikat.

“Sistem FWCMS juga merupakan satu sistem yang melaraskan dan mengesahkan dokumentasi pekerja migran yang sebelumnya adalah “paper-based” lalu mengurangkan risiko dokumen-dokumen yang dipalsukan,” katanya.

Oleh yang demikian, jelasnya, kenyataan “Kerajaan Perpaduan mewarisi masalah ini dan pada September 2024, mereka memuktamadkan kontrak untuk menutup lompong undang-undang dan melindungi kepentingan negara. Ini bukan skandal baru, tetapi usaha ‘damage control’ terhadap kecuaian lama ” seperti mana yang terkandung dalam artikel tersebut adalah kenyataan yang tidak benar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN