Polis sahkan kematian dua individu dalam kebakaran disebabkan sesak nafas

Polis sahkan kematian dua individu dalam kebakaran disebabkan sesak nafas

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kematian dua individu termasuk seorang peguam dalam tragedi kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Lebuh King di sini semalam disahkan berpunca daripada sesak nafas atau asfiksia akibat penyedutan asap.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake selepas bedah siasat selesai dijalankan hari ini.

“Kedua-dua mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 88 tahun yang juga bekas peguam dan seorang kerani wanita berusia 60 adalah berpunca daripada asfiksia akibat penyedutan asap,” katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.14 tengah hari semalam itu, mangsa, Datuk San Markan Ganapathi iaitu seorang bekas peguam ditemukan dalam keadaan terduduk di atas kerusi berhampiran meja pejabat di tepi tingkap dan dipercayai meninggal dunia akibat terhidu asap tebal.

Sementara itu, seorang lagi mangsa iaitu B. Chandra, 60, pula dijumpai di tingkat atas bangunan berhampiran dinding dalam keadaan tertimbus di bawah timbunan fail selepas berlaku runtuhan struktur bangunan tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN