KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan lewat menerima maklumat berhubung insiden rusuhan serangan sekurang-kurangnya 60 individu bertopeng di sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin, Cheras, pada Ahad lalu. Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari, namun pihak polis hanya menerima laporan pada jam 7.30 malam hari yang sama. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, insiden berkenaan serius kerana melibatkan rusuhan serta perbuatan khianat oleh sekumpulan individu yang dipercayai…










