PM imbau kenangan bersama Liong Sik

PM imbau kenangan bersama Liong Sik

ANWAR Ibrahim semasa menziarahi jenazah mendiang bekas Presiden MCA, Tun Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik di Nilai, Negeri Sembilan. PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri megimbau kenangan ketika bekerjasama dengan bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik yang meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mendiang merupakan sahabat baik kepada abangnya iaitu Allahyarham Rani Ibrahim.

Beliau berkata, Liong Sik mempunyai banyak sumbangan besar kepada negara terutama di Kementerian Pengangkutan.

“Dari kawasan Parlimen Bagan yang sebelum (ini namanya) Mata Kuching bersebelahan Permatang Pauh. Jadi sudah tentunya kami bergerak dalam politik bersama sehingga beliau menjadi Presiden MCA dan saya dalam UMNO ketika itu.

“Tapi yang pentingnya, dalam perjalanan perhubungan peribadi di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur ketika itu, kita banyak bekerjasama dan saya hargai sumbangan beliau, bukan sahaja pada MCA tetapi pada negara juga,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Xiao En Kuala Lumpur.

Anwar berkata, beliau berpeluang bertemu dan menyampaikan ucapan takziah secara langsung kepada ahli keluarga mendiang dan berkongsi rasa dukacita atas pemergian tokoh yang amat berjasa itu.

“Dedikasi dan kepimpinan mendiang akan terus dikenang serta menjadi teladan kepada generasi akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN