GEORGE TOWN: Projek Penang International Logistics Aeropark (PILA) yang bakal menjadi pemangkin baharu sektor logistik di negeri ini mencatat perkembangan positif apabila berjaya memperoleh kelulusan Pelan Induk Kebenaran Merancang. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, projek usaha sama strategik antara Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Malaysia Airports Holdings Berhad itu akan melibatkan pembangunan terminal kargo baharu bagi mengukuhkan ekosistem logistik di Wilayah Utara. “Kelulusan ini merupakan satu langkah penting…










