PETALING JAYA: Perodua menyokong penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai Dasar Automotif Negara (NAP) bertujuan memacu pelaburan strategik demi manfaat ekonomi negara. Syarikat itu menyifatkan garis panduan itu mampu menjamin limpahan ekonomi kepada semua pihak berkepentingan. Manfaat ekonomi itu termasuklah peluang pekerjaan jangka panjang, pelaburan dalam prasarana, pembangunan modal insan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), perkongsian teknologi serta pembangunan usahawan tempatan termasuk pembekal dan pengedar. “Visi Next Generation Vehicle…










