Isu saham Azam Baki akan didedah apabila sampai masa

Isu saham Azam Baki akan didedah apabila sampai masa

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan terhadap isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang dikaitkan dengan dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ akan didedahkan kepada umum apabila tiba masanya.

Jurucakap Kerajaan Perpa­duan, Datuk Fahmi Fadzil ber­kata, buat masa ini, pihak­nya menunggu respon daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sebelum sebarang pendedahan dibuat.

“Kita perlu pastikan siasatan berkenaan selesai sepenuhnya sebelum apa-apa tindakan lanjut berkait pemakluman hasil siasatan terhadap pegangan saham Tan Sri SPRM boleh didedahkan.

“Tetapi ia terserah kepada Jemaah Menteri… sekiranya bila-bila masa, kita merasakan sudah cukup proses siasatan itu, maka itu terserah kepada Jemaah Menteri (untuk dedahkan),” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Kelmarin, Shamsul Azri berkata, Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap media antarabangsa kerana mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan pemilikan saham Azam Baki.

Mengulas lanjut, Fahmi turut berkata, kerajaan menyerahkan kepada Shamsul Azri untuk memastikan semua proses berkenaan dituruti.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, kerajaan akan menubuhkan Pusat Arahan Komunikasi bagi menyelaras maklum balas terhadap krisis tenaga global dan perkembangan geopolitik semasa.

Kata beliau, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam dan akan beroperasi di bawah kerangka Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Katanya, ia dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di mana sidang akhbar akan diadakan setiap hari bermula hari ini.

“Pada peringkat awal, taklimat dijangka diadakan setiap hari bermula pukul 4 petang bagi menyelaras komunikasi kerajaan, khususnya berkaitan langkah dan respons terhadap krisis tenaga global serta situasi konflik di rantau ini,” katanya.

Katanya, sidang akhbar itu bakal memberi tumpuan kepada perkembangan konflik melibatkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran serta kesan langsungnya terhadap ekonomi Malaysia.

Fahmi berkata, langkah itu dilihat sebagai pendekatan lebih agresif kerajaan dalam memastikan maklumat yang disampaikan kepada rakyat tepat, tersusun dan tidak bercelaru ketika dunia berdepan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Jemaah Menteri turut memutuskan supaya Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, bertemu Jawatan­kuasa Pilihan

Khas Parlimen berkaitan kewangan dan ekonomi dalam masa terdekat.

“Langkah ini untuk me­nyam­paikan pandangan dan juga ikhtiar kerajaan yang di­rangka setakat ini khusus ber­kait isu-isu ekonomi dan kewa­ngan akibat daripada apa yang sedang berlaku di Asia Barat dan kesan kepada ekonomi negara akibat daripada krisis tenaga global,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN