KUALA LUMPUR: Perolehan kerajaan merupakan antara tiga sektor utama dikenal pasti paling terdedah kepada amalan rasuah. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, perolehan kerajaan adalah sektor utama paling terdedah kerana sering dikaitkan dengan kartel, projek monopoli dan rasuah berskala besar. Katanya, sektor penguatkuasaan turut dikenal pasti sebagai berisiko tinggi susulan penglibatan dalam aktiviti penyeludupan, perjudian serta jenayah rentas sempadan. “Sektor pengurusan dana awam dan…










