Perbicaraan Aslam, Marissa selesai hari ini, tunggu keputusan mahkamah - Peguam - Utusan Malaysia

Perbicaraan Aslam, Marissa selesai hari ini, tunggu keputusan mahkamah – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk melibatkan pasangan pempengaruh sensasi, Ahmad Aslam dan Marissa Dania Hakim, selesai selepas kira-kira satu jam di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Peguam syarie mewakili pasangan itu, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri berkata, pihaknya kini menunggu keputusan rasmi mahkamah berhubung status perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, tarikh keputusan tidak didedahkan kepada media bagi menghormati permintaan kedua-dua anak guamnya.

“Alhamdulillah, perbicaraan bagi lafaz cerai dan rujuk selesai hari ini.

“Insya-Allah, doakan yang baik-baik sahaja. Buat masa ini, kami tidak dibenarkan berkongsi lanjut.

“Berhubung status sama ada mereka masih suami isteri atau tidak, selagi mahkamah belum membuat keputusan, status itu kekal.

“Kita perlu tunggu keputusan mahkamah. Apabila mahkamah memutuskan, itulah status sebenar,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu, Marissa dan Aslam dilihat hadir bersama ke mahkamah tanpa mengenakan pakaian sedondon bagi sebutan semula prosiding tersebut.

Sebelum ini, menerusi hantaran di Instagram Story, Marissa mendedahkan dia dan suaminya sedang dalam proses berpisah serta berharap orang ramai menghentikan sebarang spekulasi.

Prosiding sebelum ini ditangguhkan kerana dia belum memberikan keterangan kepada mahkamah bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

Difahamkan, Aslam didakwa pernah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali di luar mahkamah, masing-masing pada 2024 dan 2025, sebelum kembali merujuk pada tahun sama.

Pada Mei 2025, mereka turut hadir ke mahkamah sama bagi tujuan pengesahan perkahwinan.

Pada 27 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan status pernikahan pasangan itu yang berlangsung di Songkhla. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN