Pengesahan lafaz rujuk Datuk Red, Adira Suhaimi ditangguh - Utusan Malaysia

Pengesahan lafaz rujuk Datuk Red, Adira Suhaimi ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Mahkamah Syariah Gombak Barat hari ini menangguhkan perbicaraan pengesahan lafaz rujuk yang dikemukakan usahawan, Datuk Seri Adnan Abu kepada isterinya yang juga penyanyi, Adira Suhaimi.

Keterangan dikemukakan plaintif iaitu Adnan atau Datuk Red dihadapan hakim, Nurul Hidayah Janie.

Peguam syarie mewakili Adira, Nor Saidah Zakaria memaklumkan prosiding berjalan lancar dengan kenyataan dikemukakan plaintif dalam perbicaraan berlangsung selama dua jam itu.

“Plaintif iaitu Adnan atau Datuk Red hari ini telah memberi keterangan bagi pihak beliau. Jadi, selesai soal utama, soal balas dan soal semula bagi pihak plaintif.

“Selepas ini, pihak mahkamah akan mendengar keterangan dari pihak defendan pada tarikh seterusnya iaitu pada 25 Jun 2026,” katanya.

Terdahulu Adira hadir ke mahkamah tersebut kira-kira pukul 11 pagi ditemani Nor Saidah, manakala Adnan ditemani peguam syarie satu, Aqmal dan peguam syarie dua, Noorhaiza Mareena Mat Ramli.

Sementara itu, Noorhaiza memaklumkan Datuk Red selesai memberi keterangan tanpa mengemukakan sebarang saksi.

“Hari ini telah selesai, dimana pihak plaintif, iaitu Datuk Red, telah memberikan keterangan secara jelas dan terperinci berkenaan lafaz rujuk pada Mei 2024 dalam tempoh Idah.

“Hari ini, plaintif selesai memberi keterangan dan tiada saksi dikemukakan dari pihak kami. Tiada saksi akan dikemukankan pada prosiding seterusnya iaitu 25 Jun 2026.

“Kita akan sambung dengan perbicaraan untuk keterangan defendan (Adira) dan rasanya dia akan bawa saksi iaitu abangnya,” katanya.

Terdahulu, Datuk Red memfailkan pengesahan lafaz rujuk terhadap Adira Suhaimi bagi mengesahkan tindakan yang didakwa berlaku pada Mei 2024, sejurus selepas perceraian mereka untuk mengelakkan dosa dan kekeliruan hukum.

Pasangan tersebut sah bercerai pada 24 April 2024, dan mempunyai empat orang cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN