LENGGONG: Pengguna perkhidmatan bas henti-henti laluan Kuala Kangsar–Lenggong–Gerik menarik nafas lega apabila operasi disambung semula selepas beberapa hari terhenti, sekali gus memudahkan pergerakan harian penduduk setempat yang bergantung kepada pengangkutan awam. Penduduk, S. Siva, 60, gembira apabila perkhidmatan bas henti-henti yang telah beroperasi lebih 50 tahun itu diteruskan semula. “Usaha ini membuktikan rintihan masyarakat diambil perhatian. Ia memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah dan penduduk di kawasan kampung terpencil yang…










