Pendirian Australia penting henti keganasan di Palestin – Anwar

Pendirian Australia penting henti keganasan di Palestin – Anwar

ANWAR Ibrahim dan Anthony Albanese dalam sidang akhbar bersama ketika lawatan rasmi Perdana Menteri Australia ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia menyambut baik pendirian Australia yang menyeru agar keganasan di Gaza dihentikan serta menyokong bantuan kemanusiaan, selain mengalu-alukan usaha ke arah penyelesaian berkekalan bagi konflik berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian Australia itu merupakan langkah penting ke arah mencapai penyelesaian jangka panjang terhadap isu berkenaan.

“Saya menghargai pendirian Australia mengenai Gaza, yang menyeru penamatan permusuhan, menyokong bantuan kemanusiaan dan berusaha ke arah penyelesaian berkekalan.

“Pendirian itu amat penting, dan Malaysia menyambutnya,” katanya dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Kompleks Perdana Putra, di sini hari ini.

Anwar turut menegaskan Malaysia akan kekal teguh menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat, meskipun keganasan masih berterusan di Gaza dan Tebing Barat.

Menurutnya, gencatan senjata di Gaza masih belum membawa kelegaan bermakna kepada orang awam, malah keganasan dan penderitaan terus berlaku walaupun usaha diplomatik sedang dijalankan.

“Dunia tidak boleh memalingkan pandangan dan membiarkan gencatan senjata bertukar menjadi kesunyian kubur.

“Apa yang diperlukan rakyat Palestin ialah penyelesaian yang adil dan berkekalan, iaitu sebuah negara berdaulat yang berdaya maju.

“Malaysia tidak akan berganjak daripada pendirian ini yang berasaskan prinsip dan nurani,” katanya.

Anwar turut menegaskan pendirian Malaysia mengenai Palestin berlandaskan prinsip serta nurani, selain menekankan keperluan kepada penyelesaian politik yang adil dan berkekalan bagi menjamin hak serta keselamatan rakyat Palestin. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN