KANGAR: Perlis mencatatkan pendapatan dalam sektor pertanian bagi tahun 2023 mencecah RM828.57 juta dengan subsektor tanaman menyumbang RM520.42 juta atau 62.8 peratus. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, ia diikuti oleh subsektor perikanan tangkapan dengan RM183.48 juta (22.1 peratus), subsektor ternakan RM90.41 juta (10.9 peratus), subsektor perhutanan dan pembalakan RM27.55 juta (3.3 peratus) serta subsektor akuakultur RM6.72 juta (0.8 peratus). Katanya, pegangan pertanian yang dikendalikan oleh pertubuhan…










