SEREMBAN: Empat individu termasuk tiga warga Myanmar dengan seorang daripadanya remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki barang kawalan iaitu minyak masak sebanyak 4,705 kilogram (kg) tanpa lesen sah. Bagaimanapun, hanya tertuduh Chong Sze Thong, 52, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam. Tiada pengakuan direkodkan daripada tiga warga Myanmar iaitu Thung Khaw, 27; Moe Myint Weh Yan,…










