Pelajar gagal dapat 10A SPM

Pelajar gagal dapat 10A SPM

MUHAMMAD Haikal Muhammad Helmi menunjukkan keputusan SPM 2025 diraihnya di Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau, Perlis, semalam. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 membuktikan kegagalan bukan penghalang apabila bangkit meraih keputusan cemerlang 10A.

Pelajar Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah (Al-Maad), Muhammad Haikal Muhammad Helmi, 18, berkata, dia pernah gagal bagi subjek Matematik ketika ujian percubaan SPM.

Menurutnya, kegagalan itu menjadi titik tolak untuk bangkit memperbaiki kelemahan dengan belajar secara lebih konsisten dan berdisiplin.

“Saya biasakan bangun seawal pukul 4 pagi setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran secara bersendirian di kantin sekolah.

“Alhamdulillah, usaha itu membuahkan hasil apabila saya berjaya memperoleh 10A termasuk gred A bagi Matematik, subjek yang tidak pernah saya kuasai sejak tingkatan satu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Haikal berkata, selain usaha berterusan, dia turut mengamalkan solat tahajud serta memperbanyakkan selawat dan zikir sebagai kekuatan rohani sepanjang tempoh persediaan peperiksaan.

“Kejayaan ini saya tujukan khas buat ibu saya yang sedang berjuang dengan penyakit saraf dan mengalami kesukaran untuk berjalan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN