KUANTAN: Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Bakar yang hilang selepas mencari kepah di Pantai Balok di sini ditemukan lemas petang ini. Mayat mangsa, Luqman Kamil Jamaluddin, 16, ditemukan kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian kira-kira pukul 2.15 petang. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 6.02 petang semalam, mangsa dilaporkan hilang…










