BATU PAHAT: Seorang pekerja kedai serbaneka mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tujuh pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah lebih RM32,000 bertujuan membayar hutang ‘ah long’ dimilikinya. Tertuduh, Nurfatin Najwa Ahmad Bazli, 23, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim, Osman Affendi Mohd Shalleh. Berdasarkan kertas pertuduhan, dia yang masih bujang didakwa melakukan pecah amanah berupa wang tunai hasil jualan perniagaan harian berjumlah RM32,101.70…










