PETALING JAYA: Malaysia kini mencapai nisbah pengamal pergigian kepada penduduk pada tahap optimum mengikut piawaian antarabangsa, sekali gus menunjukkan kapasiti profesional dalam bidang itu mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat. Berdasarkan statistik sehingga 31 Disember 2024, nisbah keseluruhan negara adalah 1:2,326 iaitu berada dalam julat ideal antara 1:2,000 hingga 1:2,500 bagi memastikan akses penjagaan pergigian yang mencukupi. Ahli Dewan Negara, Dr. Lingeshwaran R. Arunasalam berkata, perkembangan itu memberi gambaran jelas bahawa…










