SETIU: Seorang nelayan maut selepas bot gentian kaca yang dinaikinya bertembung dengan bot milik nelayan lain di Muka Kuala Sungai Mangkuk, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.15 ketika mangsa, Mohd. Adli Zakaria, 53, bersama seorang rakannya, Tengku Anuar Tengku Mohamed, 55, dalam perjalanan keluar memukat udang di laut. “Ketika tiba di lokasi kejadian, bot dinaiki mangsa bertembung…










