PETALING JAYA: Kelulusan penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara (MPBN) mampu memperkukuhkan tadbir urus pengurusan bencana dan mengurangkan risiko bencana negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan MPBN merupakan anjakan besar daripada kerangka terdahulu yang lebih bersifat teknikal dan berasingan kepada sistem lebih menyeluruh, bersepadu dan dipacu terus oleh kepimpinan tertinggi negara. “Negara tidak boleh bergantung kepada pendekatan lama yang bersifat reaktif dan berasingan. Kita memerlukan…










