MOSTI sahkan penampakan serpihan objek angkasa di Sarawak

MOSTI sahkan penampakan serpihan objek angkasa di Sarawak

PENAMPAKAN disyaki serpihan objek angkasa di ruang udara Sarawak pada 7 April lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan menerima maklumat awal mengenai penampakan disyaki serpihan objek angkasa di ruang udara Sarawak pada 7 April lalu.

Kementerian itu juga memaklumkan, tiada laporan rasmi mengenai penemuan serpihan di darat atau perairan setakat ini.

“Berdasarkan penelitian awal terhadap video tular, objek tersebut dipercayai berkemungkinan sebahagian serpihan objek angkasa (space debris) namun pengesahan lanjut masih dalam siasatan.

“Pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang awam sehubungan itu dinasihatkan agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau talian kecemasan 999 atau terus menghubungi BPAngkasa di talian 03-8885 8685 atau emel [email protected]UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN