Mohon maaf tidak perlu tunggu hari raya
Ucapan maaf yang sering diluahkan semasa Aidilfitri wajar diucap dengan kata-kata tetapi pada zaman sekarang ucapan dihantar dalam bentuk ucapan digital atau melalui applikasi WhatsApp. Malah ada yang mengucapkan sekadar salam 0-0. Apa pandangan Islam dalam hal ini?
Mukriz
Musykil
JAWAPAN
Itu merupakan budaya-budaya yang tidak ada larangan syarak untuk mengharamkamnya. Namun untuk makluman, memohon maaf tidak terbatas hanya pada Hari Raya Aidilfitri sahaja. Memohon maaf adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam setiap kali umat Islam ada melakukan kesalahan atau dosa kepada manusia.
Kanak-kanak tunai haji hukumnya harus
SOALAN
Adakah kanak-kanak yang belum baligh boleh atau dibenarkan oleh syarak ke Mekah menunaikan haji?
Haji Ishak
Tumpat, Kelantan
JAWAPAN
Kanak-kanak diharuskan boleh melaksanakan haji. Namun tidak mendapat haji Islam yang menggugurkan kewajipan mereka.
Islam tegah pembaziran termasuk main mercun
SOALAN
Islam amat menegah pembaziran tetapi kita dapat perhatikan umat Islam selalu bermain mercun ketika Aidilfitri. Apakah hukumnya perbuatan ini?
Nur Murni
Segamat, Johor
JAWAPAN
Islam melarang kita melakukan pembaziran bukan sahaja pada perayaan Aidilfitri tetapi juga pada setiap program atau dalam kehidupan harian manusia. Ini kerana, selain membazir ia juga boleh melekakan dan mengabaikan kewajipan serta tanggungjawab kita yang lain.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]










