KLANG: Ibu bapa tidak perlu bimbang terhadap keselamatan anak-anak mereka yang kini menuntut di universiti di Asia Barat kerana Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menyediakan pelan pemindahan sekiranya keadaan memerlukan susulan konflik di rantau berkenaan. Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelaksanaan pelan tersebut bergantung sepenuhnya kepada situasi semasa serta penyelarasan rapat dengan Kementerian Luar bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin. “Jika terdapat perkembangan yang boleh mengancam keselamatan, kita akan…










