Malaysia perkukuh kerjasama AZEC pastikan bekalan tenaga stabil

Malaysia perkukuh kerjasama AZEC pastikan bekalan tenaga stabil

ANWAR Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Komuniti Sifar Pelepasan Asia (AZEC) di Perdana Putra, Putrajaya. - Pejabat Perdana Menteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia akan terus memberi fokus terhadap usaha memperkukuh kerjasama serantau melalui Asia Zero Emission Community (AZEC) bagi memastikan bekalan tenaga kekal stabil, mencukupi dan berdaya tahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan memainkan peranan konstruktif dalam menyokong keselamatan tenaga serantau sebagai negara pengeluar tenaga termasuk gas asli cecair (LNG).

Beliau berkata, usaha itu juga akan disertai dengan langkah mempelbagaikan sumber tenaga termasuk tenaga boleh baharu serta memperkukuh sistem tenaga negara selaras dengan keutamaan pembangunan nasional.

“Malaysia kekal fokus memperkukuh kerjasama serantau melalui AZEC bagi memastikan bekalan tenaga kekal stabil, mencukupi dan berdaya tahan.

“Sebagai negara pengeluar tenaga, termasuk gas asli cecair (LNG), Malaysia akan terus memainkan peranan konstruktif dalam menyokong keselamatan tenaga serantau.

“Di samping mempelbagaikan sumber tenaga termasuk tenaga boleh baharu, serta memperkukuh sistem tenaga negara selaras dengan keutamaan pembangunan negara,” katanya dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Asia Zero Emission Community (AZEC) Plus Online Summit on Energy Resilience atas jemputan kerajaan Jepun.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi atas penganjuran sidang tergempar tersebut pada waktu yang disifatkan amat kritikal, susulan perkembangan di Asia Barat yang memberi kesan kepada keselamatan tenaga global, termasuk di Selat Hormuz.

Katanya, situasi itu mengingatkan bahawa kestabilan bekalan tenaga amat penting bagi memastikan ekonomi kekal berdaya tahan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN