PETALING JAYA: Malaysia dan Brunei bakal melaksana latihan bersama dalam pengurusan bencana selain memperkasa komitmen antara kedua-dua negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menerima kunjungan dari Menteri Hal Ehwal Dalam Negara Brunei, Dato Seri Awang Ahmaddin Abdul Rahman di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. Beliau berkata, perjumpaan itu menjadi kesempatan untuk berkongsikan mengenai Majlis Pengurusan Bencana Negara iaitu platform tertinggi bagi memperkukuh tadbir…










